Saturday, April 24, 2010

Pagi yang panas.....

Walaupun baru pukul 7.30 pagi, kulit muka dan tangan telah terasa perit akibat "panahan" cahaya matahari yang sedang menaik.

Kami berempat.....Aku, Cikgu Tan, Halid dan Salleh (daripada kumpulan lain, tapi hari ini beliau telah tersesat "kandang") bercadang untuk berkayuh melalui jalan kampung dan dusun yang banyak pokok-pokok untuk mengelakan panas sang suria.

Kayuhan kami melalui jalan raya ke Kg Temenin Baru >Kg Lukut (melalui tepi hutan simpan dan ladang sawit) >Kawasan perindustrian Lukut >Kg Lukut Cina dan berhenti sarapan di Jalil's Corner di Bangunan Aked Mara Kota Tinggi.
Jauh kayuhan 26.4km.


Ahhhhhh.....puasnya dapat meneguk air ni! Halid, Salleh dan Cikgu Tan


Walaupun sudah minum semasa sarapan tadi.....tapi tekak masih dahaga. Terpaksa berhenti di "Tigermart" Stesen Esso di Jalan Mawai untuk pekena "100 Plus"



.....Rupa-rupanya bukan aku sahaja yang kepanasan.....semasa berkayuh balik kerumah aku terlihat seekor Sang "Badang" sedang berendam didalam Sungai Pemandi untuk menyejukan badanya

Saturday, April 17, 2010

Kg. Sg. Berangan.....sekali lagi kami datang

Sampai sahaja ditempat pertemuan, Cikgu Tan telah pun menunjukan tayar basikal barunya...."Gua dapat harga 'special' punya" kata Cikgu Tan. Apa tidaknya 'towkay' kedai basikal adalah bekas anak muridnya. Fuhhhh...untungnya.

Untuk mencuba keupayaan tayar tersebut kami berkayuh 'off road' ke Kg Sg Berangan. Sepanjang perjalanan pergi dan balik basikal Cikgu Tan sentiasa dihadapan....tapi untuk minggu ini sahaja.

Jauhnya kayuhan pergi dan balik pagi ini 26.55km.

Esok 18hb April 2010, aku tidak dapat kayuh bersama dengan rakan-rakan kerana pergi KL. Daftar anak perempuan aku yang no 3 di UNITEN. Tahun ini katanya nak buat 'short semester' (8 minggu). Ini nak 'escape' daripada membuat kerja-kerja rumahlah.....yang kesianya "orang rumah" aku.... Jika tidak dapat juga 'relax' 3 bulan kerana ada pembantu. Inilah dikatakan anak zaman 'cyber'. Apo nak di kato.

Berikut peristiwa bergambar yang sempat dirakamkan sepanjang berkayuh....

Sepertimana ditulis dalam "post' yang lalu untuk sampai ke Kg Sg Berangan mesti melalui ladang R.E.M. Terdapat lapang sasar Persatuan Menembak Clay Target Johor (PMCTJ) didalam ladang ini.


Sepanjang jalan masuk ke ladang bergantungan poster peraduan menembak...'event' ini diadakan setiap tahun


Untuk pencinta alam terdapat kawasan habitat burung didalam 'estate' ini


Terlalu asyik berkayuh mengikut perasaan....sampai tersesat. Wan Aziz dan Cik Gu Tan terpaksa 'check' GPS masing-masing


Dah sampai pun di Kg Sg Berangan.... Halid, Halim, Wan Aziz dan Cik Gu Tan tersenyum kepuasan


....Padang jarak padang terkukur....Tanaman semula kelapa sawit oleh Persatuan Peladang Kawasan Kota Tinggi di Kg Sg Berangan. (Wan Aziz merupakan salah seorang Pengarah Pertubuhan Peladang Kota Tinggi)

Sepanjang perjalanan didalam ladang banyak papan tanda keselamatan didirikan. Antaranya yang menarik perhatian...


Bertapa bertanggung jawabnya pihak pengurusan ladang menangani keselamatan pekerja dan orang awam


Pakailah 'safety helmet' apabila anda hendak lalu dibawah pokok kelapa sawit....takut tandan buah sawit terjatuh nanti "berlubang' kepala


Tak ada 'chance' lah mat-mat motor nak merempit....


Pokok pun dilarang dibunuh disini....bagaimana perasaan mereka yang sanggup membunuh bayi seperti yang sedang berlaku sekarang ini. Di cadangkan "sign board' yang serupa patut didirikan ditempat-tempat stratigik


Best punya....lepas kayuh mesti kena tosai/roti canai....Halim, CikGu Tan, Wan Aziz dan Halid sedang menikmati makanan masing-masing

Monday, April 12, 2010

To Air Terjun Kota Tinggi.....for fresh air

Joining me for Sunday morning ride (11th April 2010) was Halid. Only two of us. We set our course to Kota Tinggi water fall.

After 50 minutes of gruelling under morning sun we reached our destination...the water fall.

Ahhhhhhhhh....the air was so fresh and cool.

We met a group of riders also from bandar Kota Tinggi. They have arrived earlier and were on the way back home.

After resting for about 10 minutes we left the Kota Tinggi water fall. On reaching the Pekan Batu Empat, we turned left to Kg Bukit Lintang and cycled to Kg Lukut China. We stopped for breakfast in Taman Indah Bandar Kota Tinggi.
Distance covered 40.27km.


Main road leading to Batu Empat and Air Terjun. The ride gets gradually tougher... climbing gently then steepening


One of the many sign boards to Air Terjun


Pekan Batu Empat. Original 1960's row of timber shops are still in good condition


Sungai Bang.... From Bandar Kota Tinggi, I would cycle and take short cut to Kg Makam through a pedestrian concrete bridge across the river

Saturday, April 10, 2010

Jika tayar bochor ....apa jadi?

Pagi ini aku terlambat lagi. Jam 7.50 baru sampai ketempat berkumpul. Halim, Wan Aziz dan Cikgu Tan sudah sedia menanti. Berbakul lah kena kutuk. Biasalah tu...

Kerana dah lewat, kami berkayuh 'on road' sahaja mengikut jalan ke Air Terjun Kota Tinggi dan membelok ke Kampung Temenin Baru. Rasa seronok tak terhingga berkayuh didalam kawasan kampung yang tenang dan nyaman. Dari situ kami berkayuh menghala ke Kg Lukut untuk terus balik ke bandar Kota Tinggi.



Kg Temenin. Sungguh tenang sekali. Deretan pokok-pokok dan rumput yang menghijau amat menyegarkan terutama diwaktu pagi

Didalam perjalanan (dekat Kg Lukut), tayar belakang basikal Cikgu Tan telah "keluar angin". Gelabah juga kerana tiada seorang pun daripada kami yang membawa 'spare tube'. Tapi....nasib baiklah bukan tiub yang bochor. Angin meresap keluar dari 'nut' dibahagian tiub.

Setelah dua kali berhenti untuk "memasukan" angin sampai juga akhirnya. Kami terus sahaja menuju kesebuah warung di Kota Kechil untuk sarapan pagi. Jauh kayuhan 25.3km.

Bayangkan jika tiub bochor semasa 'off road' didalam ladang getah atau kelapa sawit tanpa peralatan!....Satu pengajaran bagi kami disini, jangan lupa untuk membawa 'spare tube' dan peralatan ringan semasa berkayuh untuk menghadapi kecemasan seperti diatas. Juga kena belajar jadi pomen agar dapat menggantikan tiub secara sendiri.


Cikgu Tan sedang "menolak" angin masuk kedalam tayar basikalnya. Tersengih sahaja.

Untuk tempuh masa 3 ke 4 bulan ini nampaknya pembantu (Tukang Kebun "muda") tidak dapat menolong aku untuk kerja-kerja "mengetam" dihalaman rumah kerana mengalami 'humerus fracture' pada lengan kirinya akibat tewas dalam pertarungan. Beliau telah terjatuh dari atas 'stage' ke bawah disekolahnya. Syukurlah kecederaanya dari jenis 'mid shaft humerus fracture' yang akan pulih dalam tempuh masa terdekat tanpa sebarang 'surgery'.

Buat muka sedih....lengan terpaksa di"bungkus"

Segar....apabila dapat menghabiskan masa dihadapan komputer. Weeeee cuti 2 minggu

Sunday, April 4, 2010

Off road riding....to Kg Sungai Berangan

Saturday, 3 April 2010

It was 7.40 in the morning. We met again at the usual starting place in front of MDKT Office just off the Jalan Padang.
There were five of us. We set out our route to Kg Sungai Berangan Nam Heng, Kota Tinggi.


Our starting point. Busy with activities. The 5 storey building at the back is the Bangunan Sultan Iskandar where most of the government Departments are located

We cycled on the main road (Kota Tinggi - Johor Bahru) to Ladang R.E.M. (an oil palm estate belong's to Kulim Group about 6km from Bandar Kota Tinggi).
We passed the estate guard post and after few hundred meters, we were off road on farmtrack. We headed for the Nam Heng Country Club.
After a few good road climbs followed by smooth and rough descents we reached the Kg Sungai Berangan.
Resting for a few minutes we cycled back to Bandar Kota Tinggi. To keep with tradition we stopped for usual milo 'o'/teh tarik and capati/roti canai at a mamak restaurant in Taman Daiman Jaya. Total distance covered 24.6km.


Just follows the sign to Nam Heng Country Club. You won't get lost


"Puffff...." Climbing steadily. Wan Aziz, Cikgu Tan and Halim


"I think we lost them....no, no they lost us". Halid and Wan Aziz


"Badang". A 3 wheel "tractor" used to transport oil palm fruits to the collection centres before being sent to oil palm mill. Take note of the "driver". Very relax


WARNING: Be careful. Reduce speed. Deer crossing ahead


"Oooweeeeeya! .... mission accomplished". Halid, Cikgu Tan, Wan Aziz and Halim


Sunday, 4 April 2010

It was raining since early morning.No riding.

Friday, April 2, 2010

Hujan telah pun mula turun....

Sudah dua minggu aku tidak menulis kerana banyak perkara terpaksa diselesaikan. Berikut dimuatkan peristiwa-peristiwa yang hendak aku masukan dalam blog ini walaupun sudah terlewat. Bukan apa sebagai peringatan sahaja.

20 March 2010



Hujan sedang turun. Pokok-pokok dan tumbuhan kelihatanya sangat "gembira"

Alhamdulillah....dalam minggu ini hujan telah pun mula turun membasahi muka bumi Bandar Kota Tinggi setelah lama mengalami cuaca panas yang terik.
Pokok-pokok dan tumbuhan yang selama ini menjadi kuning telah mula menghijau. Sepanjang hari hujan telah turun...kadangkala menjadi lebat. Tidak ada aktibiti kayuh pada pagi ini.

21 March 2010

Hanya aku berempat sahaja (Cikgu Tan, Awie dan Halid) yang berkumpul ditempat biasa pada pagi ini. Jalan kayuhan kami adalah menuju ke Batu Empat > Kg Bukit Lintang > Kg Lukut > Kg Lukut Cina > dan berhenti di Taman Indah untuk sarapan pagi. Jauh kayuhan 24.56km.

Satu lagi tugas tetapku selepas "pencen" ini ialah sebagai "tukang kebun". Kalau ikut jadual setiap 2 atau 3 minggu sekali rumput-rumput disekeliling rumah perlu di"ketam"...

Oleh kerana cuaca hari ini tidaklah panas sangat dan aku masih ada tenaga yang tersimpan (walaupun selepas berkayuh)... maka apabila sampai dirumah aku terus menghidupkan enjin "kuda besi" yang masih setia berkhidmat dan menolaknya sekeliling rumah untuk kerja-kerja "mengetam".


Halaman rumah yang telah siap di"ketam"

Tukang kebun "muda" turut membantu. Dapatlah curi tulang sedikit.

27 March 2010

Pagi ini Halim hadir sama untuk berkayuh bersama (Awie, Halid dan aku). Kami berempat telah berkayuh santai sejauh 23.48km.

Pada 28 March 2010, "missed" kayuh kerana pergi ke KL melawat anak perempuanku yang masih menuntut disana.