Sudah dua minggu aku tidak menulis kerana banyak perkara terpaksa diselesaikan. Berikut dimuatkan peristiwa-peristiwa yang hendak aku masukan dalam blog ini walaupun sudah terlewat. Bukan apa sebagai peringatan sahaja.
20 March 2010
Hujan sedang turun. Pokok-pokok dan tumbuhan kelihatanya sangat "gembira"
Alhamdulillah....dalam minggu ini hujan telah pun mula turun membasahi muka bumi Bandar Kota Tinggi setelah lama mengalami cuaca panas yang terik.
Pokok-pokok dan tumbuhan yang selama ini menjadi kuning telah mula menghijau. Sepanjang hari hujan telah turun...kadangkala menjadi lebat. Tidak ada aktibiti kayuh pada pagi ini.
21 March 2010
Hanya aku berempat sahaja (Cikgu Tan, Awie dan Halid) yang berkumpul ditempat biasa pada pagi ini. Jalan kayuhan kami adalah menuju ke Batu Empat > Kg Bukit Lintang > Kg Lukut > Kg Lukut Cina > dan berhenti di Taman Indah untuk sarapan pagi. Jauh kayuhan 24.56km.
Satu lagi tugas tetapku selepas "pencen" ini ialah sebagai "tukang kebun". Kalau ikut jadual setiap 2 atau 3 minggu sekali rumput-rumput disekeliling rumah perlu di"ketam"...
Oleh kerana cuaca hari ini tidaklah panas sangat dan aku masih ada tenaga yang tersimpan (walaupun selepas berkayuh)... maka apabila sampai dirumah aku terus menghidupkan enjin "kuda besi" yang masih setia berkhidmat dan menolaknya sekeliling rumah untuk kerja-kerja "mengetam".
Halaman rumah yang telah siap di"ketam"
Tukang kebun "muda" turut membantu. Dapatlah curi tulang sedikit.
27 March 2010
Pagi ini Halim hadir sama untuk berkayuh bersama (Awie, Halid dan aku). Kami berempat telah berkayuh santai sejauh 23.48km.
Pada 28 March 2010, "missed" kayuh kerana pergi ke KL melawat anak perempuanku yang masih menuntut disana.
Friday, April 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment