Pagi ini aku terlambat lagi. Jam 7.50 baru sampai ketempat berkumpul. Halim, Wan Aziz dan Cikgu Tan sudah sedia menanti. Berbakul lah kena kutuk. Biasalah tu...
Kerana dah lewat, kami berkayuh 'on road' sahaja mengikut jalan ke Air Terjun Kota Tinggi dan membelok ke Kampung Temenin Baru. Rasa seronok tak terhingga berkayuh didalam kawasan kampung yang tenang dan nyaman. Dari situ kami berkayuh menghala ke Kg Lukut untuk terus balik ke bandar Kota Tinggi.
Kg Temenin. Sungguh tenang sekali. Deretan pokok-pokok dan rumput yang menghijau amat menyegarkan terutama diwaktu pagi
Didalam perjalanan (dekat Kg Lukut), tayar belakang basikal Cikgu Tan telah "keluar angin". Gelabah juga kerana tiada seorang pun daripada kami yang membawa 'spare tube'. Tapi....nasib baiklah bukan tiub yang bochor. Angin meresap keluar dari 'nut' dibahagian tiub.
Setelah dua kali berhenti untuk "memasukan" angin sampai juga akhirnya. Kami terus sahaja menuju kesebuah warung di Kota Kechil untuk sarapan pagi. Jauh kayuhan 25.3km.
Bayangkan jika tiub bochor semasa 'off road' didalam ladang getah atau kelapa sawit tanpa peralatan!....Satu pengajaran bagi kami disini, jangan lupa untuk membawa 'spare tube' dan peralatan ringan semasa berkayuh untuk menghadapi kecemasan seperti diatas. Juga kena belajar jadi pomen agar dapat menggantikan tiub secara sendiri.
Cikgu Tan sedang "menolak" angin masuk kedalam tayar basikalnya. Tersengih sahaja.
Untuk tempuh masa 3 ke 4 bulan ini nampaknya pembantu (Tukang Kebun "muda") tidak dapat menolong aku untuk kerja-kerja "mengetam" dihalaman rumah kerana mengalami 'humerus fracture' pada lengan kirinya akibat tewas dalam pertarungan. Beliau telah terjatuh dari atas 'stage' ke bawah disekolahnya. Syukurlah kecederaanya dari jenis 'mid shaft humerus fracture' yang akan pulih dalam tempuh masa terdekat tanpa sebarang 'surgery'.
Buat muka sedih....lengan terpaksa di"bungkus"
Segar....apabila dapat menghabiskan masa dihadapan komputer. Weeeee cuti 2 minggu
Saturday, April 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
haha....adik ami, dgn tangan berbedung hahahaha
ReplyDeletebudak lembik.... kata je kuat...tp lembik....
ReplyDelete