Sampai sahaja ditempat pertemuan, Cikgu Tan telah pun menunjukan tayar basikal barunya...."Gua dapat harga 'special' punya" kata Cikgu Tan. Apa tidaknya 'towkay' kedai basikal adalah bekas anak muridnya. Fuhhhh...untungnya.
Untuk mencuba keupayaan tayar tersebut kami berkayuh 'off road' ke Kg Sg Berangan. Sepanjang perjalanan pergi dan balik basikal Cikgu Tan sentiasa dihadapan....tapi untuk minggu ini sahaja.
Jauhnya kayuhan pergi dan balik pagi ini 26.55km.
Esok 18hb April 2010, aku tidak dapat kayuh bersama dengan rakan-rakan kerana pergi KL. Daftar anak perempuan aku yang no 3 di UNITEN. Tahun ini katanya nak buat 'short semester' (8 minggu). Ini nak 'escape' daripada membuat kerja-kerja rumahlah.....yang kesianya "orang rumah" aku.... Jika tidak dapat juga 'relax' 3 bulan kerana ada pembantu. Inilah dikatakan anak zaman 'cyber'. Apo nak di kato.
Berikut peristiwa bergambar yang sempat dirakamkan sepanjang berkayuh....
Sepertimana ditulis dalam "post' yang lalu untuk sampai ke Kg Sg Berangan mesti melalui ladang R.E.M. Terdapat lapang sasar Persatuan Menembak Clay Target Johor (PMCTJ) didalam ladang ini.
Sepanjang jalan masuk ke ladang bergantungan poster peraduan menembak...'event' ini diadakan setiap tahun
Untuk pencinta alam terdapat kawasan habitat burung didalam 'estate' ini
Terlalu asyik berkayuh mengikut perasaan....sampai tersesat. Wan Aziz dan Cik Gu Tan terpaksa 'check' GPS masing-masing
Dah sampai pun di Kg Sg Berangan.... Halid, Halim, Wan Aziz dan Cik Gu Tan tersenyum kepuasan
....Padang jarak padang terkukur....Tanaman semula kelapa sawit oleh Persatuan Peladang Kawasan Kota Tinggi di Kg Sg Berangan. (Wan Aziz merupakan salah seorang Pengarah Pertubuhan Peladang Kota Tinggi)
Sepanjang perjalanan didalam ladang banyak papan tanda keselamatan didirikan. Antaranya yang menarik perhatian...
Bertapa bertanggung jawabnya pihak pengurusan ladang menangani keselamatan pekerja dan orang awam
Pakailah 'safety helmet' apabila anda hendak lalu dibawah pokok kelapa sawit....takut tandan buah sawit terjatuh nanti "berlubang' kepala
Tak ada 'chance' lah mat-mat motor nak merempit....
Pokok pun dilarang dibunuh disini....bagaimana perasaan mereka yang sanggup membunuh bayi seperti yang sedang berlaku sekarang ini. Di cadangkan "sign board' yang serupa patut didirikan ditempat-tempat stratigik
Best punya....lepas kayuh mesti kena tosai/roti canai....Halim, CikGu Tan, Wan Aziz dan Halid sedang menikmati makanan masing-masing
Saturday, April 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
"tolong..tolong..jangan bunuh aku" kata pokok sawit menahan kesakitan. dia akhirnya mati dibunuh.
ReplyDeletelawak²..hahaha