Monday, March 15, 2010

Berbasikal ke Kg Tai Hong (Kota Tinggi)

Ahad 14/3/2010

Pada pagi ini hanya kami bertiga sahaja yang berkayuh (Halid, Cikgu Tan dan aku). Sahabat-sahabat yang lain mungkin mempunyai urusan masing-masing yang harus diselesaikan. Setelah berbincang kami bertiga bersetuju untuk berkayuh ke Kg Tai Hong.
Jalan masuk ke Kg Tai Hong ini banyak turun dan naik bukit. Pada kami yang telah berumur 50+ tahun ini boleh semput juga dibuatnya. Silap hari terpaksa turun untuk menolak basikal.
Bagi penduduk Kota Tinggi bila disebut Tai Hong dalam gambaraan dikepala ialah tempat loji proses air Public Utility Board Singapore. Tetapi banyak yang tidak tahu bahawa Tai Hong juga adalah merupakan salah satu kawasan utama di Malaysia untuk industri Swiftlet Farming. (perusahaan burung walit).

Kami berkayuh melalui Jambatan Kota Tinggi yang merentangi Sungai Johor menuju kearah Johor Bahru.


Semasa banjir besar 2007, hanya jambatan ini yang tidak ditenggelami. Aku masih ingat pasukan tentera meletakan kenderaan mereka disini untuk dijadikan salah satu operasi base mereka.

Sebahagian dari Bandar Kota Tinggi ditepi Sungai Johor

Daripada jalan Kota Tinggi- Johor Bahru kami memasuki simpang ke Tai Hong dan mula berkayuh mendaki dan menuruni bukit. Tidak terkata penatnya.


Simpang ke Tai Hong. Tertanya juga kalau ada perkataan ini dalam kamus bahasa cina...apa maksudnya ya!



Sebahagian dari bukit-bukit yang terpaksa kami redahi, turuni dan daki hingga terkulai kepenatan.

Terperanjat besar juga apabila mendapati kesan-kesan kebakaran belukar dikiri dan kanan jalan yang dahulunya sangat menghijau dan menyegarkan.


Bush fires. Much of the greenery by the side of the road and on hill slopes had been burnt. The fire had started due to the human carelessness especially during this dry weather.

Akhirnya kami sampai ke penghujung jalan (jalan mati) dan berpatah balik ke Bandar Kota Tinggi.


Jalan mati. Sempat lagi bergambar, Perhatikan "benda" yang ada dalam sungai ini...


ini dia...."Kapal Korek" sedang menyedut hasil bumi(pasir) dari perut sungai

"Hotel-Hotel" yang dibina untuk perusahaan burung walit (Swiftlet Farming)

Ke loji peroses air PUB Singapore


Ha! Kami dah sampai pun di Kg Tai Hong

Bersebelahan Kg Tai Hong ini ialah Kg Sungai Telor. dalam perjalanan balik kami singgah untuk bergambar di papan tanda Kg ini.

Kami akan melawat Kg ini dilain masa. Sekarang ini kami dah lepak.

Pergi dan balik jauh kayuhan 23.15km. Selepas berkayuh sudah menjadi kemestian pekena roti canai. Kami singgah di restoran mamak di Taman Daiman Jaya.


1 comment:

  1. Cikgu Tan itu Penipu, jangan yakin sangat Kalau bahasa saya kurang sebablah Cikgu Tan Tidak mengajar betul betul.

    ReplyDelete