Saturday, March 13, 2010

Makam Sejarah di Kota Tinggi

Selepas "pencen" ini setiap pagi (hari Isnin hingga Jumaat kecuali Cuti Am) kerjaku adalah sebagai "drebar" menghantar dua orang anak kesekolah dan mengambilnya pulang.
Pada 11/3/2010 yang lalu setelah tugas harian selesai, aku bercadang untuk berkayuh seorang diri. Tujuan untuk mengeluarkan peluh dan melancarkan peredaran darah ke jantung.
Aku berkayuh ke Jeti Kg. Makam ditepi Sungei Johor. ( dekat sahaja daripada rumah tak sampai 1km). Sampai dikawasan Mesjid Kg. Makam papan tanda " Sultan Mahmud Mangkat Di Julang" menarik perhatian. Timbul idea pagi ini untuk aku berkayuh menyusuri makam-makam bersejarah dikawasan Kota Tinggi.

Di Kg. Makam terdapat dua buah makam sejarah. Makam Sultan Mahmud Mangkat DiJulang dan Makam Tauhid (jaraknya kira 1km dari Makam Sultan Mahmud). Sementara Makam Laksamana Bentan pula terletak di Kg Kelantan kira-kira 2km dari Bandar Kota Tinggi.


Makam Sultan terakhir bagi Kesultanan Melaka

Sumpahan Sultan Mahmud orang Bentan yang menjejak kaki di Kota Tinggi akan muntah darah hingga mati. Sumpahan ini dikatakan bertahan hingga 7 keturunan dan telah pun berakhir.


Dari Makam Tauhid untuk ke Makam Laksamana Bentan di Kg. Kelantan aku berkayuh mengikut Jalan Mawai melalui Pasaraya Kipmart.


Papan Tanda ke Makam Tauhid

Pasaraya ini hanya se"pelaung" sahaja dari rumah aku. Kalau masa "emergency" seperti barang keperluan rumah dah habis... dalam masa 5 minit dah sampai.Kehadirannya banyak memudahkan urusan.

Apabila sampai di simpang lampu isyarat di hadapan Bangunan Aked Mara aku terus ke Kg Kelantan untuk ke Makam Laksamana Bentan.




Disinilah Laksamana Megat Seri Rama dikebumikan.

Berhenti sebentar di Makam ini aku teruskan berkayuh hingga ke Kg Panti.Berpeluh juga badan dengan jarak kayuhan pergi balik 14km.

No comments:

Post a Comment