Sunday, March 7, 2010
Salam Pengenalan
Hobi berbasikal bukit ini telah bermula pada tahun 1999 apabila isteriku ditukarkan ke Daerah Kota Tinggi. Sebelumnya untuk mengeluarkan peluh aku hanya berjogging dan berjalan cepat sejauh 2 hingga 3 km.
Satu pagi Sabtu aku telah terlihat satu kumpulan berbasikal. Hatiku tertarik untuk turut serta dengan aktibiti mereka. Setelah bertanya, keesokan harinya dengan meminjam basikal anakku, aku telah mula berkayuh bersama.
Kali pertama semput juga kerana tak biasa. Bermula daripada situlah aku mula mengenali jenis-jenis basikal, bahagian-bahagiannya. Dulu waktu membeli basikal untuk anaku RM150, wuu sudah sangatlah mahal.Sekarang apabila melihat kawan kawan yang kaki basikal... harga ribu ringgit biasa sahaja.
Aku telah membeli sebuah basikal jenama Giant dalam tahun 2000 (second hand) dari Singapore melalui Mr Lee dari Cycling Forever Enterprise. (Mr Lee adalah merupakan salah seorang mekanik basikal untuk pasukan Malaysia dan telah terlibat dalam beberapa perlumbaan Le Tour de Langkawi).Basikal ini masih aku gunakan hingga kini sepertimana gambarnya diatas.
Itulah dia sedikit sebanyak cerita pasal penglibatanku dalam hobi berbasikal ini. Nanti dilain Post akan ku tulis lagi dimana dua orang anak lelaki aku juga sama-sama berkayuh.
Memandangkan setelah bersara ini banyak masa terluang jadi aku ingat nak menulis akan aktibiti berbasikal bukit bersama rakan-rakan pada setiap hujung minggu bermula pada hari Sabtu lepas 6 March 2010.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment