Suatu ketika dahulu apabila disebut sahaja Kota Tinggi, Johor orang ramai akan mengaitkannya dengan air terjun yang cantik. Namun sekarang aku merasakan semua ini semakin hilang. Tidak diketahui kenapa. Anak yang tinggal bersama aku dan masih bersekolah tidak mengetahui macam mana rupa keadaan Air Terjun Kota Tinggi ini. Salah siapa? Adakah kerana ayahnya tidak pernah membawa mereka melawat! Kenapa ya.....
Jawapan adalah kerana bayaran masuk mahal dan tidak memberi apa-apa kelebihan (pada diri akulah). Keluarga aku seramai sembilan orang. Kiralah berapa bayaran masuknya dan ini tidak termasuk untuk kenderaan? Tak berbaloi kata orang.
Pintu Gerbang Air Terjun Kota Tinggi. Ada apa-apa komen?
Bayaran masuk. Dewasa RM7.50 dan Kanak-Kanak RM3.50. Kenderaan RM??.
Kayuhan pada hari Ahad yang lalu (7/3/2010) adalah ke Air Terjun KT. Seawal 7.40pagi kami telah pun berkumpul di hadapan padang pejabat MDKT. Empat orang sahaja yang hadir. Cikgu Tan, Halid, Awie dan diriku. Wan Aziz katanya menghadiri kursus.
Perjalanan ke Air Terjun adalah melalui jalan raya. Kayuhan agak selesa kerana pada pagi hari belum banyak kenderaan.
Relax. Tak ada kenderaan pun yang lalu.
Kami berhenti di pintu masuk ke Rainforest Resort untuk membasahi tekak dan kesempatan diambil untuk bergambar kenangan.
Abang tak nak join sekali? Awie, Cikgu Tan dan Halid sedang posing.
Sanggup berdiri dalam semak. Awie, Cikgu Tan dan Halid
Kira-kira 2km sebelum sampai ke Air Terjun kami memasuki lorong hutan yang digunakan untuk pembalakan. Kata Awie jalan tersebut boleh sampai kesebuah jeram. Tapi kayuh punya kayuh tidak juga sampai ke jeram berkenaan. Keputusan diambil untuk keluar semula kejalan raya.
Mengikut jalan balak. Nasib hari panas.
Dah sesat ni. Cikgu Tan sedang telepon Bomba dan Penyelamat.
Helo...helo kami tak jumpa jalan keluar ni.
Kami keluar daripada hutan dan terus ke destinasi yang dituju. Disana kami bertemu Hafiz daripada Kg Bukit Lintang yang berbasikal seorang diri. Menurutnya baru mula untuk berjinak berkayuh. Teruskan Hafiz dan semoga berjumpa dilain kali.
Yang dicari tak jumpa...terpaksalah keluar semula.
Kesempatan diambil untuk bergambar bersamanya.
Gambar kenangan. Hafiz,Awie, Cikgu Tan dan saya
Setelah 15 minit berehat kami meneruskan perjalanan balik. Kayuhan agak laju sedikit maklumlah banyak turun bukit. Di simpang Balai Polis Batu Empat kami membeluk ke kiri menuju Kg Lukut dan terus berkayuh menuju ke Bandar Kota Tinggi. Kami berhenti di kedai makan di Jalan Indah untuk menghilangkan dahaga dan mengisi perut dengan roti canai.
Untuk mengembalikan bendalir yang telah hilang mesti pekena 100PLUS dan air suam.
Butiran kayuhan pada hari Ahad (7/3/2010) lalu adalah seperti berikut.
Masa kayuhan 2jam 21minit
Max speed 39.2km/h
Average speed 17.6km/h
Jarak kayuhan 41km
Salam. Jumpa di post yang lain.
Tuesday, March 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment